Israel Soal Siasat Budak 12 Tahun

Ramallah (Palestin) – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun telah dipanggil oleh pihak berkuasa rejim Zionis untuk disoal siasat di sebuah pusat tahanan di Israel.

 

Sebuah kumpulan aktivis Palestin turut memuat naik gambar Hadeel Rujbi menerusi akaun Twitter, kelmarin lapor Press TV.

 

Menurut jurucakapnya, tindakan itu dibuat sebagai langkah untuk mendedahkan perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis ke atas budak Palestin yang jarang dipaparkan oleh media antarabangsa.

 

Bulan lalu, Persatuan Tahanan Palestin (PPS) mengumumkan kira-kira 400 kanak-kanak Palestin telah ditahan di penjara Israel dan kebanyakan daripada mereka turut dibiarkan kebuluran serta didera secara mental dan fizikal.

 

Dalam perkembangan lain, tentera rejim Zionis dilaporkan menembak mati dua lagi penduduk Palestin, Hekmat Hamdan dan Ahmad Jahajha (gambar atas) dalam insiden berasingan di Tebing Barat.

 

Saksi mendakwa pihak berkuasa Israel bertindak menyerbu kem pelarian Qalandiya di utara Baitulamaqdis dan turut menyebabkan kemusnahan harta benda sebelum menahan serta memukul seorang penduduk, Mahmoud Nayef Abu Latifa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.