Empat Ditahan Jual Cecair Vape Di Johor

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan empat pemilik dan pengendali outlet vape di sini kerana menjual cecair vape.

 

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, operasi dijalankan di tiga premis perniagaan di Taman Century dan Larkin pada 15 Disember lalu.

 

Dalam operasi itu polis merampas 6,924 botol cecair vape dan 190 aksesori vape bernilai kira-kira RM382,385.

 

Empat lelaki yang ditahan berumur antara 23 dan 70 tahun itu kemudiannya dibebaskan selepas kenyataan mereka direkodkan.

 

Katanya lagi, polis mendapati pengusaha terbabit melakukan kesalahan seperti menjual cecair vape yang mengandungi nikotin – kesalahan di bawah Akta Racun 1952.

 

Kesalahan lain termasuk gagal mempamerkan lesen perniagaan yang sah dan tidak meletakkan papan tanda harga yang betul. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.