Anak Kesal Berita Palsu Kematian Jins Shamsudin

Kuala Lumpur – Anak bongsu pelakon veteran Tan Sri Jins Shamsudin, Putera Hang Nadim, 24, kesal dengan berita kematian bapanya yang tersebar di alam maya.

 

Berita Harian melaporkan, Nadim memberitahu berita itu palsu dan ia cukup mengejutkan dirinya serta keluarga.

 

“Bapa saya masih sihat, Alhamdulillah. Lepas satu demi satu berita palsu sebegini bertebaran dan menjadi viral. Tak silap saya sudah kali ketiga berita palsu kematian bapa saya tersebar.

 

“Apa motif mereka buat sebegitu pun saya tak tahu? Tak tahu apa yang mereka nak dan dapat dengan menyebarkan cerita palsu. Hal kematian bukan perkara mainan. janganlah sewenang wenangnya menyebar cerita tak betul,” katanya.

 

Kata Nadim lagi, dia serta ibu bapanya baharu sahaja pulang bercuti dari Korea dua minggu lalu.

 

“Petang semalam kami baru sampai ke Subang selepas balik kampung dari Pahang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.