Alasan Tak Sengaja Rogol, Jutawan Arab Terlepas Tuduhan

LONDON – Sebuah mahkamah di sini membebaskan seorang jutawan Arab Saudi daripada tuduhan merogol gadis 18 tahun selepas lelaki itu mendakwa melakukan persetubuhan tanpa sengaja.

 

Ehsan Abdulaziz yang merupakan ahli perniagaan hartanah menunjukkan kepada mahkamah bagaimana remaja itu meletakkan tangan di belakang kepala beliau sambil menariknya, menyebabkan beliau terjatuh ke atas badannya.

 

“Saya rapuh. Saya terjatuh tetapi tiada apa yang berlaku di antara saya dan gadis ini,” katanya kepada mahkamah seperti dilaporkan portal Daily Mirror.

 

Ehsan, 46, dituduh memperkosa gadis itu ketika gadis itu sedang tidur atas sofa di sebuah pangsapuri kediamannya selepas semalaman mabuk.

 

Gadis remaja 18 tahun itu pertama kali bertemu Ehsan di sebuah kelab malam eksklusif pada Ogos tahun lalu bersama seorang rakannya, berusia 24 tahun.

 

Selepas membelanja kedua-duanya di kelab itu, Ehsan kemudian menjemput mereka berdua untuk minum vodka bersama di rumahnya, sebelum beliau melakukan hubungan seks dengan gadis 24 tahun itu.

 

Remaja itu kemudian mendakwa tersedar pada awal pagi sambil jutawan itu sudah berbaring di atasnya sambil cuba memperkosa mangsa.

 

Menurut Ehsan, beliau telah cuba menawarkan sehelai T-shirt untuk mangsa tidur, atau menghantarnya pulang dengan teksi, tetapi mangsa cuba menggodanya.

 

Mengikut laporan, DNA Ehsan ditemui didalam kemaluan mangsa, namun beliau mendakwa kemungkinan besar air mani beliau datang dari persetubuhan awal beliau dengan gadis 24 tahun itu.

 

Mahkamah Mahkota Southwark membatalkan tuduhan rogol terhadap Ehsan selepas juri bersidang cuma selepas setengah jam. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.