Polis Sahkan Gadis Bersalin Dalam Semak Adalah Palsu

Kuala Lumpur – Polis Temerloh mengesahkan laporan seorang gadis yang cuba melarikan diri selepas melahirkan bayi dalam semak adalah palsu.

Menurut laporan sebuah laman sosial, gadis berusia 20-an itu dikatakan ditahan oleh orang ramai di bandar Temerloh selepas dikatakan bersalin sendiri di dalam semak menyebabkan tumpah darah.

Laman sosial itu melaporkan, wanita itu enggan bersalin dan mendapatkan rawatan di hospital kerana khuatir rahsianya terbongkar.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, laporan tersebut adalah palsu dan pihaknya tidak menerima laporan kejadian itu.

“Tiada laporan dan tangkapan dibuat. Laporan yang dibuat oleh laman sosial itu adalah palsu dan sengaja dilakukan bagi menjadi viral,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post tadi.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya juga ada menerima laporan palsu daripada laman sosial sehingga menjadi bualan orang ramai dan ianya adalah palsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.