Memey Terkilan, Norman Batalkan Percutian Ke Korea

Petaling Jaya – Pelakon Memey Suhaiza sedikit terkilan apabia suaminya pelakon Norman Hakim terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk bercuti ke Korea Selatan pada Januari depan bagi mengelakkan risiko keguguran terhadap kandungannya yang kini berusia lima bulan.

Memetik kenyataan di mStar online, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 26, berkata, doktor menasihatinya agar tidak menaiki pesawat pada tarikh tersebut berikutan kandungannya ketika itu tidak bersesuaian untuknya menaiki pesawat.

“Saya dan suami memang sudah rancang dan membuat persiapan untuk melancong ke Korea pada 8 Januari depan. Kami sudah kosongkan jadual dan hampir-hampir membeli tiket.

“Tetapi saya perlu meminta surat kebenaran daripada doktor untuk menaiki pesawat sebelum membeli tiket. Namun, selepas itu doktor menasihatkan agar tidak menaiki pesawat pada usia kandungan enam bulan kerana bimbang berhadapan dengan pelbagai risiko.

“Selepas berjumpa doktor, abang Norman terus membatalkan percutian tersebut kerana dia tidak mahu apa-apa terjadi.

“Doktor beritahu terpulang kepada kami sama ada untuk pergi atau tidak. Tidak mengapalah mungkin kami boleh pergi lain kali sahaja,” ujarnya yang turut menyatakan ada hikmah disebalik perkara tersebut.

Dalam pada itu, Memey berkata, hasil imbasan yang dilakukan, berkemungkinan dia bakal melahirkan bayi lelaki yang dijangka pada April 2015.

Sebelum ini iaitu pada 1 Februari 2013, Memey turut melahirkan anak lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.