Facing Up To Fazura : Dokudrama Pertama Artis Malaysia Dipersada Antarabangsa

Kuala Lumpur – Program realiti aktres terkenal Nur Fazura berjudul Facing Up To Fazura mendapat pujian ramai tidak kurang ada juga yang memberikan komen negatif.

Pada Ahad lalu telah ditayangkan episod pertama program terbitan E! ini. Rata-rata peminat memberikan komen positif dan suka dengan pengisian program yang mana mereka kini lebih mengenali siapa sebenarnya idola pujaan mereka itu.

..

..

Bagaimanapun,  segelintir peminat memberi komen tentang pertuturan beberapa teman Fazura yang mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Memandangkan program tersebut adalah sebuah program bertaraf antarabangsa, mereka berpendapat tidak sesuai menggunakan konsep bahasa yang dicampur aduk tetapi segelintir peminat meluahkan tidak ada salahnya jika bahasa Melayu digunakan dalam program itu memandang ini adalah program tentang seorang artis Melayu dari Malaysia.

..

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 31, menjadi artis Malaysia pertama mempunyai program realiti sendiri. Program dokudrama lima episod selama setengah jam itu mendedahkan kepada penonton kehidupan peribadinya sebagai seorang selebriti terkenal, teman dikala susah senang, pencinta haiwan peliharaan dan anak perempuan tunggal kesayangan keluarganya. Semua yang dipaparkan dalam program ini adalah realiti dan bukannya rekaan.

Berbaki empat lagi episod, Facing Up To Fazura disiarkan menerusi saluran E! Asia (saluran 712) setiap Ahad, jam 10 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.