Henti sebar panggilan video aib, undang ketidaksenangan kepada Kerajaan Perpaduan- Wanita PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PKR menyeru sebaran rakaman panggilan video antara dua individu yang disifatkan sebagai mengaibkan dihentikan.

Exco Wanita PKR, Rozy Razit sebaliknya berkata, sewajarnya video itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

Terdahulu, satu rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff tersebar di media sosial.

Video berdurasi 3 minit 3 saat itu dikongsikan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard menerusi akaun aplikasi Tik Tok miliknya.

Menerusi rakaman video itu boleh didengar secara jelas perbualan sesama lelaki itu melalui panggilan video seperti pasangan kekasih yang sedang ‘memancing’ untuk melakukan hubungan intim.

“Hari ini kita telah dikejutkan dengan tersebarnya video rakaman “video call” antara dua individu yang sangat mengaibkan.

“Sementara saya tidak bermaksud menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, saya sangat dukacita dengan penyebaran video tersebut dan percaya penyebaran video itu dilakukan oleh pihak tertentu yang bermotifkan politik bertujuan mendatangkan ketidaksenangan kepada Kerajaan Perpaduan.

Pada masa yang sama beliau yang juga Ketua Biro Pembangunan Komuniti Wanita PKR mengingatkan, bahawa beberapa tahun lalu juga pernah tersebar video yang kononnya membabitkan pemimpin tertentu yang kemudiannya didiamkan begitu sahaja sehingga kini.

“Saya menyeru kepada semua pihak untuk memberhentikan penyebaran video seumpama ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat