“Yang Hidup Senang Hari Ini Kamu Dan Maszlee,” Najib Bidas Wan Saiful

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan kerana berterusan menyalahkan UMNO dan kerajaan terdahulu kononnya langsung tidak mempedulikan masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan anak bangsa.

Dalam nada sarkastik, Najib berkata, pihak yang kononnya tidak peduli itulah yang sebenarnya banyak membantu para peminjam, antara dengan pemberian diskaun bayaran balik sehingga 20 peratus. 

“Yang tak peduli dululah yang beri pengecualian bayaran balik dan biasiswa untuk semua pemegang ijazah pertama.

“Yang tak peduli dululah yang benarkan bayaran balik dengan KWSP dan diberi diskaun juga.

“Yang tak peduli dululah yang lanjutkan tempoh mula bayar balik selepas pengajian kepada 12 bulan.

“Saya nak tanya, PH yang begitu prihatin dan ambil berat hari ini, apakah bantuan yang telah diberikan kepada pelajar?,” sindir Najib. 

Najib menambah, kerajaan pimpinannya dahulu tetap komited meringankan beban graduan untuk membuat bayaran semula PTPTN sungguhpun belanjawannya kecil.

“Kini, Bajet PH jauh lebih besar RM314.5 bilion tetapi semua bantuan telah berkurangan atau ditarik balik. 

“Yang hidup senang dan selesa hari ini kamu dan Maszlee. Cukuplah dengan alasan-alasan.

“Rakyat dah bosan dengar semua benda salah Kerajaan lama. Buatlah kerja dan tunaikanlah janji,” katanya lagi.

Terdahulu, Wan Saiful dilaporkan sebagai berkata kerajaan hari ini tidak boleh mencontohi akhlak buruk UMNO yang tidak mempedulikan nasib anak bangsa.

Kata beliau, UMNO lebih suka mempertahankan pemimpin yang rasuah dan tidak berfikir langsung mengenai tadbir urus yang baik. -SuaraTv 

7 thoughts on ““Yang Hidup Senang Hari Ini Kamu Dan Maszlee,” Najib Bidas Wan Saiful

  • Pingback:Kerajaan Hari Ini Ada ‘Template’ Jawapan, Perli Najib | SUARA TV

  • November 18, 2018 at 2:22 pm
    Permalink

    Juara bidas perli sindir je kau ni?? Dulu kau juara apa?? Songlap?? Rasuah?? Baik sgt2 ker?? Sbnarya kau lupa tk sedar PH yg menang??? Duk diam lah tnggu keputusan mahkamah nk duk mana nanti?? Tk rasa salah selama ni?? Ye ke kau bersih tk rasuah tk pecah amanah??????????????????????????????????????
    Smga terbukti mungkar jahat korupsi kau dn semua kuncu2 !!!! Ambil lah pingat juara bidas sedunia??

    Reply
  • November 18, 2018 at 2:24 pm
    Permalink

    Dlm mahkamah nanti jgn tk terbidas pula ya?? Doa kami yg salah jahat rakus kejam terbukti jua akhirnya….!!!

    Reply
  • November 18, 2018 at 2:26 pm
    Permalink

    Kes byk sgt ada susul lagi nanti!! Nfc..felda..felcra..altantuya..korupsi..pecah amanah ..rasuah..panel solar..1mdb..tabung haji.. bolih tepis ker?????

    Reply
  • November 18, 2018 at 2:29 pm
    Permalink

    Lawanlah cabarlah undang2 ?? Duit dapat mana?? Byr jamin juta2..hilang ribu juta..rampasan dlm rumah pun juta??? Duit gaji?? Duit kumpul masa kecil2 dulu??heran pelih aneh?? Mana darang duit senang jer dapat??

    Reply
  • November 18, 2018 at 2:32 pm
    Permalink

    Takbur angkuh bongkak bodoh sombong rasuah pecah amanah
    Sedarlah diri..insaflah.. tk mana pun… allah swt yg hebat berkuasa atas segala2nya..

    Reply
  • November 18, 2018 at 2:36 pm
    Permalink

    Kejahatan tk bolih tutup punya?? Tk bolih sorok ?? Elak tepis tk ngaku lah..berapa lama ?? 30tahun? 40tahun? Buatlah apa suka ….takbur tu kuat bongkak pun kuat..angkuh lagi kuat..???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.