UPKO Bukan Punca Jatuhnya BN

KUALA LUMPUR – Kejatuhan parti Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukan berpunca dari pembelotan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), kata Setiausaha Agung WARISAN, Loretto Padua.

Memetik laporan Berita Harian, Loretto menolak dakwaan yang dibuat oleh Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan memberitahu puncanya adalah kerana kehendak rakyat yang mahukan perubahan selepas analisis dibuat pada Mei lalu.

Keputusan PRU-14 jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah muak dan menolak pemerintahan BN sehingga pembangkang mendapat majoriti kerusi berbanding BN yang hanya mendapat 29 kerusi.

“Saya masih ingat sejurus selepas kita menerima keputusan PRU-14, apabila pembangkang mendapat 31 kerusi berbanding BN, ada beberapa wakil rakyat daripada UMNO Sabah yang ingin bersama-sama WARISAN-Pakatan Harapan (PH) untuk melakar sejarah perubahan Sabah termasuklah UPKO.

“BN seharusnya sedar bahawa kekalahannya pada PRU-14 adalah satu kelegaan kepada rakyat dan janganlah menyalahkan pihak lain atas kekalahan akibat keburukan sendiri,” katanya.

Ketika merasmikan Kongres PBS, Pairin menyalahkan UPKO sebagai punca jatuhnya kerajaan BN selepas tindakan parti itu menyertai WARISAN-PH sehari selepas PRU14 bagi membentuk kerajaan baharu. – Suara.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.