Tok Mat Calon Berwibawa, Wanita UMNO Komited Pastikan Kemenangan

KUALA LUMPUR – Berwibawa dan berkaliber dalam diri Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan membuatkan pergerakan Wanita UMNO begitu komited untuk memastikan kemenangan besar buat Tok Mat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad percaya Tok Mat seorang pemimpin yang mampu berkhidmat di kawasan DUN Rantau memandangkan pemimpin lelaki itu sudah menyandang kerusi DUN itu sejak 2004 selain faktor pernah menjadi bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Sejak mula bertanding di kerusi Rantau pada tahun 2004, Mohamad telah menunjukkan rekod cemerlang.

“Apatah lagi Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun beberapa hari selepas Pakatan Harapan (PH) berkuas apda 13 Mei lalu telah mengiktraf pencapaian cemerlang yang ditonjolkan Mohamad dalam membangukan negeri itu,” kata Noraini yang dipetik dari Utusan Online.

Semalam, Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban mengisytiharkan kemenangan Mohamad bagi kerusi DUN Rantau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah terbatal dan tidak sah.

Mahkamah memutuskan demikian selepas calon PKR bagi kerusi DUN itu, Dr. S. Streram memfailkan petisyen pada 23 Mei lalu bagi mencabar keputusan di kerusi tersebut. – Suara.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.