Politik Wang Salah, Tapi…

SHAH ALAM – Walaupun politik wang merupakan kesalahan yang patut ditentang namun Pakatan Harapan mengambil pendekatan tidak membincangkan isu itu yang didakwa berlaku dalam pemilihan PKR.

Jelas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ianya merupakan urusan dalaman PKR yang tidak patut dicampuri.

“Politik wang adalah salah . Politik wang ini semua tak setuju jadi ini suatu yang tidak betul tapi itu perkara dalaman PKR biar PKR uruskan dan saya yakin PKR akan ambil tindakan yang sewajarnya saya tidak mahu campur dalam urusan keluarga dalaman PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Kongres Nasional Keadilan Ke-13 2018 di Pusat Konvensyen Ideal hari ini.

Calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli sebelum ini menyuarakan kebimbangannya terhadap amalan politik wang dalam PKR menjelang pemilihan yang berlangsung beberapa bulan sebelum ini.

Selain itu Ahli Jawatankuasa Pusat PKR Latheefa Koya pernah menyuarakan dakwaan Rafizi cuba meraih undi dengan memberikan kupon makanan.

Dalam pada itu Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu yakin dakwaan-dakwan berkenaan politik wang dalam pemilihan PKR tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan.

“Tidak. Tuduhan-tuduhan semasa pemilihan ada tuduhan tetapi itu belum ada lagi dibuktikan,” katanya-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.