Perwakilan Perlis Sifatkan PKR Parti Yang Gagal

SHAH ALAM – Akibat ucapan berapi Perwakilan Perlis Tengku Nazri yang menegaskan tentang pertelingkahan di antara Datuk Seri Mohamed Aamin Ali dan Rafizi Ramli perlu dihentikan, kedua-dua mereka bersalaman antara satu sama lain.

Tengku Nazri ketika sesi perbahasan di Kongres Nasional PKR pada mulanya menyifatkan bahawa PKR parti yang gagal kerana bertelagah di antara satu sama lain.

“Kita gagal.. tuan-tuan dan puan-puan, kita gagal sebenarnya. Kita berkelahi seolah-olah esok dah tak ada. Kita bergaduh kerana apa? Kerana nak tunjuk siapa lagi hebat,” katanya.

Justeru itu beliau mendesak pasukan Timbalan Presiden PKR itu dan Rafizi Ramli yang bertanding mencabarnya pada pemilihan baru-baru ini saling berbaik-baik demi kemaslahatan parti.

“Saya minta kita semua hari ini saya rayu tuan-tuan dan puan-puan dalam dewan menang kita dah menang, Putrajaya kita sudah sampai, (Ketua Umum PKR) Anwar Ibrahim sudah kita bawa keluar, sudah duduk dengan Datuk Seri Wan Azizah (Wan Ismail) sekarang masa kita mengisi kemenangan

“Saya minta team Rafizi, team Azmin Ali hari ini hentikanlah, masa yang ada sudah habis,”tambahnya.

Selain mendapat sokongan majoriti ahli dalam dewan, Azmin kemudian bangun dan menghampiri Rafizi kemudian menaut tangannya.

Reaksi mereka berdua mendapat perhatian seluruh dewan termasuk pemimpin yang hadir. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.