Perwakilan Kecam Menteri PKR Berbelanja Mewah dan Makan Ala Bangsawan

SHAH ALAM ― Menteri dan timbalan menteri daripada PKR dikecam apabila didakwa datang ke negeri itu untuk berkempen dalam pemilihan baru-baru ini tanpa mendekati rakyat.

Perwakilan negeri itu Syed Mohd Al Amin Tuan Sharif membandingkan menteri lain yang datang dengan “makan bersama rakyat dan bertanya khabar kesusahan rakyat”.

“PKR Terengganu melahirkan rasa kecewa, dengan pimpinan pusat yang menjadi menteri dan timbalan menteri, dalam kabinet Pakatan Harapan, yang datang ke Terengganu untuk kempen peribadi pemilihan yang lepas, bukan untuk bantu dan dekati rakyat.

“Bukan sekadar itu tetapi berbelanja mewah, makan ala bangsawan borjuis yang tidak mencerminkan semangat reformasi, dan menjunjung prisip kesederhanaan,” katanya.

“Berbeza dengan beberapa menteri daripada Pakatan Harapan, yang datang ke Terengganu dengan program yang tersusun dan turun ke Terengganu bersalaman dan bersua muka.

“Menteri-menteri mereka makan bersama rakyat, bertanya khaabar kesusahan rakyat, maka ketinggalanlah kita dan parti kita.”

Membahaskan ucapan dasar presiden dengan penuh bersemangat, beliau memuji idea calon timbalan presiden walau tewas, yang berasal dari negeri itu, mengenai penubuhan koperasi PKR.

“PKR Terengganu menyokong penuh cadangan penubuhan koperasi Keadilan oleh Rafizi Ramli bagi manfaat kepada ahli ahli secara keseluruhan,” tegasnya, disambut tepukan dan sorakan gemuruh lebih 900 perwakilan.

Dalam ucapannya, beliau turut membangkitkan bahawa pemimpin PKR Terengganu juga berhak mengisi kuota senator atau jawatan tertentu di peringkat persekutuan.

“PKR Terengganu secara perbandingannya berhak bagi pelantikan senator dan jawatan kabinet peringkat persekutuan seperti rakan yang lain [dalam PH] berdasarkan merit,” katanya.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang akan diganti suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan “Memaknai demokrasi, menterjemah reformasi”. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.