PAN Yakin PH Rampas Kelantan Pada PRU15 – Mat Sabu

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu menyuarakan keyakinan parti pimpinannya dengan bantuan Pakatan harapan (PH) mampu merampas Kelantan dari PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Mohamad Sabu berkata keyakinan itu susulan perkembangan positif dari rakyat negeri itu yang paling ramai menyertai PAN ketika ini.

“Disebabkan perkembangan itu, saya yakin pada pilihan raya umum ke-15 nanti, kita boleh mengambil alih pentadbiran di sana,” kata Mohamad Sabu, dipetik dari laporan Bernama.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Konvensyen PAN peringkat negeri Johor di Dewan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) malam tadi.

Terdahulu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad turut berkongsi keyakinan sama.

Beliau berkata, walaupun jangka waktu PRU15 masih jauh namun menurutnya momentum sokongan rakyat terhadap PH terutamanya PPBM di Kelantan semakin kuat.

“…saya yakin PRU15, PH akan menjadi kerajaan di Kelantan,” katanya ketika berucap di Majlis Beramah Mesra Bersama Pimpinan PH Kelantan minggu lalu.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohamad Sabu berkata beliau berpuas hati dengan prestasi menteri kabinet dari partinya.

“Saya gembira tetapi akan berusaha untuk meningkatkan lagi (prestasi),” kata ketika mengulas spekulasi rombakan kabinet yang hangat diperkatakan sekarang. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.