Nama Rafizi Dibangkit Untuk PRK DUN Rantau

SHAH ALAM – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan nama Rafizi Ramli dibangkitkan sebagai yang layak untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK)D Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Malah Anwar menyifatkan secara peribadi bahawa Rafizi layak untuk mewakili PKR bertanding di kawasan itu.

“(PRK) Rantau macam ini, pertama proses dia dari cabang, negeri, biro politik, baru presiden masa itu, perlu lalui proses.

“Sekarang ini, saya tidak apa-apa ambil sikap kita kena buat kajian. Dia (Rafizi) lebih daripada layak menjadi ADUN,” katanya ketika sidang media selepas majlis perasmian Kongres Nasional keadilan Ke-13 2018.

Pendedahan Anwar itu bercanggah dengan apa yang dikatakan Rafizi Ramli semalam.

Rafizi menafikan bahawa dirinya akan bertanding di DUN itu sebaliknya berpendapat Dr. S. Streram perlu dicalonkan semula.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Seremban pada Jumaat memutuskan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan tanpa bertanding di kerusi DUN Rantau pada PRU-14 lalu, batal dan tidak sah.

Hakim Datuk Azimah Omar turut memutuskan satu PRK perlu diadakan bagi DUN itu serta-merta.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.