Jangan Syok Sendiri Cakap Pasal Najib Dan Rosmah Tapi Tak Tunai Manifesto

SHAH ALAM – Perwakilan PKR dari Selangor berkata parti itu perlu berhenti daripada bercakap tentang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebaliknya bagi Nurainie Haziqah Shafii PKR perlu menumpukan perhatian untuk melaksanakan segala manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lalu.

“Dulu, sebelum kita pegang Malaysia pegang Selangor kita boleh sebut perubahan apa yang kita nak buat sekarang rakyat nak lihat perubahan yang kita momokan itu.

“Adakah ia sudah berlaku sudah dalam perancangan kita atau adakah kita syok sendiri masih bermimpi enam bulan ini mendedahkan kebobrokan Najib dan Rosmah serta kepimpinannya tanpa berusaha memenuhi manifesto Pakatan Harapan,” katanya ketika sesi perbahasan dan menyokong ucapan dasar Presiden PKR di Pusat Konvensyen Ideal hari ini.

Tambahnya rakyat kini semakin celik dan menilai tentang prestasi parti yang memerintah.

“Kita tidak lagi boleh memomokan rakyat dengan politik sebab rakyat Malaysia hari ini mahukan perubahan ingin lihat perubahan. Rakyat tidak buta dan pekak,” katanya lagi.-SuaraTv

One thought on “Jangan Syok Sendiri Cakap Pasal Najib Dan Rosmah Tapi Tak Tunai Manifesto

  • November 17, 2018 at 8:40 pm
    Permalink

    Apa fasal tk bolih ckp ?? Perosak segala2nya?? Kalau masuk penjara pun rakyat tk habis cakap pasal dia??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.