Isu Politik Wang PKR Dibawa Ke Mesyuarat PH, Kata PPBM

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan komitmennya untuk membangkitkan isu politik wang yang didakwa berlaku dalam pemilihan PKR tempohari ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), lapor Malaysiakini.

Setiausaha Agung PPBM, Marzuki Yahya, berkata tuduhan politik wang dalam pemilihan PKR itu dibimbangi menjejaskan pentadbiran PH.

“Ya, saya fikir kita ingin mencari penyelesaian untuk ini,” kata Marzuki.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Luar menegaskan PPBM komited menentang amalan politik wang dan rasuah.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengambil pendirian bercanggah dengan PPBM apabila menyifatkan isu politik wang sebagai masalah dalaman PKR yang tidak wajar dicampuri.

“Ini politik wang sesuatu yang tak betullah. Tapi itu perkara dalaman PKR, so biar PKR uruskan, dan saya yakin PKR akan ambil tindakan yang sewajarnya.

“Jadi saya tak mahu campur dalam urusan keluarga dalaman PKR,” katanya, dipetik dari laporan yang sama. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.