Dr Streram Tetap Tanding PRK Rantau, Tolak Bantahan Zuraida

PETALING JAYA – Bekas calon PKR, Dr Streram Sinnasamy yang pencalonannya ditolak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas, menegaskan beliau tetap akan bertanding dan yakin akan diberi peluang sekali lagi di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau.

Memetik laporan FMT, Streram turut menyifatkan bantahan bekas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin terhadap pencalonan semula namanya sebagai tindakan ‘gila’.

“Saya fikir komen Zuraida itu dalam kapasiti sebagai seorang Wanita PKR. Tapi kita dah kerja sini 2 setengah tahun dan kita menang kes dan batalkan kemenangan. Malah juga merupakan penyelaras DUN di Rantau,” kata Streram.

Mahkamah Pilihan Raya semalam menerima petisyen Streram dan serentak dengan itu mengisytiharkan keputusan PRU14 bagi DUN Rantau sebagai tidak sah dan terbatal.

Mengulas lanjut, Streram berkata dia akan bertemu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan pencalonannya dalam PRK ini.

“Saya 100% yakin akan dapat bertanding di PRK Rantau nanti. Saya mesti mempertahankan DUN Rantau sebab saya kenal semua penduduk-penduduk di Rantau dan kita akan jalankan kerja seperti biasa,” katanya. – SuaraTV

One thought on “Dr Streram Tetap Tanding PRK Rantau, Tolak Bantahan Zuraida

  • November 17, 2018 at 8:31 pm
    Permalink

    Teruskam dr. Anda berpeluang besar raih kejayaan prk rantau..rakyat tetap sokong.. pkr(ph)..kami doakan kejayaan dr. pd prk rantau nanti!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.