Saintis Temui Planet Seakan Bumi

LONDON – Sekumpulan saintis menemui sebuah planet yang bersaiz sama dan memiliki suhu seakan-akan di Bumi dalam satu penyelidikan baru-baru ini.

Menurut Agensi, planet dinamakan Ross 128b itu ditemui mengelilingi satu bintang kerdil berwarna merah yang berada pada jarak 11 tahun cahaya dengan Bumi.

Pengarang bersama mengenai penyelidikan itu daripada Universiti Geneva, Dr. Nicola Astudillo-Defru berkata, penemuan terbaharu berkenaan berdasarkan pemantauan High Accuracy Radial Velocity Planet Searcher (HARPS) sejak 10 tahun lalu.

“Planet itu memiliki saiz dan permukaan suhu menyerupai Bumi dan bergerak secara perlahan-lahan menghampiri Bumi,” katanya, lapor MD.

Sekumpulan ahli astronomi yang berkhidmat di HARPS di Pusat Pemantauan La Silla di Chile, Santiago turut menyifatkan suhu di Ross 128 mencecah antara -60 dan 20 darjah Celsius.

Malah, saiznya yang kecil hanya memiliki separuh suhu permukaan Matahari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.