Rolls-Royce Hanya Dipinjam – Tunang Izara

KUALA LUMPUR – Kereta Rolls Royce untuk pelakon Izara Aishah dan bakal suami Adib Khalid sebenarnya dipinjam untuk majlis perkahwinan mereka.

Menafikan kereta model Phantom bernilai RM1 juta itu hadiah perkahwinan, Adib berkata kenderaan tersebut dipinjamkan abang sulungnya Anas untuk majlis mereka hari ini, lapor Kosmo.

“Kereta itu bukan hadiah kahwin sebaliknya diberi pinjam oleh abang saya, Anas untuk kami melakukan penggambaran sebuah program perkahwinan bagi siaran Astro.

“Selain itu, kenderaan itu bakal digunakan untuk perkahwinan kami esok (hari ini) sehingga selesai semua majlis,” kata Adib.

Semalam peminat mereka heboh pasangan itu menerima hadiah Rolls Royce berdasarkan rakaman video 45 saat yang menular di internet.

Adib, 27, dan Izara, 25, diijab kabul malam ini dalam majlis tertutup selepas bertunang 7 Julai lalu manakala majlis resepsi diadakan di sebuah hotel Ahad ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.