Negara Lain Tidak Semestinya Lebih Baik Dari Negara Sendiri

Tulisan asal oleh:
Salleh Said Keruak, Blog Salleh Said Keruak, 17 November 2017

Sesetengah rakyat Malaysia berkata ‘the grass always looks greener on the other side’ apabila mereka pergi ke luar negara dan membandingkan negara-negara lain dengan Malaysia.

Tetapi ia tidak semestinya benar. Perhatikan masalah perkauman dan sikap tidak bertoleransi yang lebih teruk di negara-negara yang dianggap lebih liberal dan maju berbanding Malaysia.

Wanita Islam yang memakai tudung di negara-negara Eropah seperti England, Perancis dan Belanda dihantui dengan ketakutan akan didiskriminasi atau diserang.

Sesetengah rakyat Malaysia banyak merungut tentang negara mereka tetapi orang asing yang datang ke Malaysia cenderung untuk mengakui bahawa negara kita adalah ‘syurga’.

Sama ada orang asing ini berbohong atau mereka melihat sesuatu yang kita tidak nampak.

Sesetengah rakyat Malaysia melihat pada satu aspek hanya untuk mengutuk negara kita tanpa sebarang had.

Contohnya, kenaikan harga petrol. Tetapi adakah rakyat Malaysia mengatakan perkara yang sama apabila harga petrol turun?

Adakah kita mempunyai berjuta-juta gelandangan yang tidur di jalan-jalan seperti di negara maju? Kita perlu melihat Malaysia secara keseluruhan dan tidak memilih satu aspek setiap hari untuk merungut tentang.

Sesetengah rakyat Malaysia terus-menerus merungut tentang negara ini, walaupun Kerajaan sebenarnya melakukan sesuatu yang baik.

Sedarilah bahawa ini adalah strategi anti penubuhan klasik iaitu mewujudkan persaan tidak puas hati. Kita perlu bersikap rasional dan ini bermakna memberi kredit apabila ia sepatutnya diberikan.

Sesetengah rakyat Malaysia tidak sepatutnya merungut hanya untuk merungut. Sudah tiba masanya untuk bergerak ke hadapan untuk membantu membina negara yang lebih baik.

Link asal artikel:
https://sskeruak.blogspot.my/2017/11/the-grass-is-not-always-greener-on.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.