Nasib Korea Utara Diketahui Minggu Depan

WASHINGTON – Presiden Donald Trump dijangka mengumumkan sama ada beliau meletakkan Korea Utara dalam senarai penyokong keganasan minggu depan, kata Rumah Putih, membuka ruang kemungkinan disenaraihitamkan.

“Saya percaya presiden akan membuat pengumuman, keputusan, awal minggu depan,” kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders, lapor BH.

Awal bulan ini, seorang pegawai kanan Rumah Putih yang enggan dikenali, berkata Korea Utara jelas memenuhi kriteria untuk berada dalam senarai, menyatakan keputusan itu berita buruk buat Pyongyang.

Penyokong langkah itu merujuk kepada layanan yang diberikan kepada pelajar Amerika Syarikat (AS), Otto Warmbier, yang meninggal dunia tahun ini selepas dibebaskan daripada tahanan di Korea Utara, selain hubungan dengan Iran dan program senjata Syria.

Langkah itu simbolik, menggandakan sekatan sedia ada dan mengehadkan bantuan dan eksport.

Namun, ia juga akan menjejaskan usaha mencapai penyelesaian diplomatik kepada ketegangan berhubung peluru berpandu berkemampuan nuklear, dibangunkan Pyongyang yang boleh sampai di AS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.