Lelaki Pakai Kostum Ala Pengebom Berani Mati Didenda RM400

PETALING JAYA  ― Hasrat seorang lelaki untuk bergembira menyambut Halloween bulan lalu berakhir dengan denda RM400 dan reman selama seminggu.

Warga Yaman itu mengaku bersalah berpakaian ala pengebom berani mati di Mahkamah Majistret di sini hari ini, lapor Berita Harian.

Amjad Jalal Ahmed Al-Dahan, 34, dituduh melakukan mudarat awam dengan memakai kostum itu di sebuah kondominium di Damansara pada malam 28 Oktober lalu.

Perunding teknologi maklumat itu dituduh bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan, yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM400.

Peguamnya N Saraswathy Devi memohon hukuman diringankan dengan mengambil kira anak guamnya telah direman seminggu dan memohon maaf.

Namun, timbalan pendakwa raya Norazalina Razali memohon tertuduh dikenakan hukuman tinggi sebagai pengajaran kepadanya dan masyarakat.

Penduduk kondominium Armanee Terrace membuat aduan selepas melihat Amjad berpakaian begitu sewaktu menaiki lif untuk menghadiri parti itu. – MalayMail

2 thoughts on “Lelaki Pakai Kostum Ala Pengebom Berani Mati Didenda RM400

  • December 18, 2018 at 7:59 pm
    Permalink

    Kita terlalu lembut pd warga asing?? Hukuman biar lah jadi pengajaran serta denda yg tinggi?? Supaya jadi tauladan serta yg lain tak sewenang2 berani membuat jenayah atau timbulkan huruhara??
    Sepatutnya jatuhkan hukuman khidmat masyarakat 3 ..4 tahun denda yg tinggi?? Rm400 mcm tk jadi apa??

    Reply
  • December 18, 2018 at 8:00 pm
    Permalink

    Benda2 mcm ni. Tk bolih buat jenaka prank??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.