Keluarga Mentua Banyak Beri Tunjuk Ajar

KUALA LUMPUR – Berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan umrah selepas bergelar saudara baharu, penyanyi Marsha Milan Londoh mengaku timbul rasa gusar sebelum melakukan ibadat itu.

Marsha memberitahu, dia mengambil inisiatif menghadiri kelas agama sebagai persiapan sebelum berangkat ke Makkah bersama suami dan keluarga mentuanya.

“Saya bersyukur kerana keluarga mentua banyak memberi tunjuk ajar, terutama ibu mentua yang sering menunaikan umrah. Pelbagai andaian bermain di benak fikiran sebelum ke Tanah Suci apatah lagi mendengar pengalaman rakan-rakan.

Saya pelajari. Saya ada mengikuti kelas agama sebelum berangkat ke Makkah. Alhamdulillah, ibadat umrah lancar dan semuanya dipermudahkan buat ‘orang baharu’ seperti saya,” katanya lapor BH.

Marsha berkata, peluang mencium Hajar Aswad adalah pengalaman yang cukup bererti buat dirinya.

“Ada yang bercerita tidak berpeluang mendapat nikmat itu, namun saya bersyukur dipermudahkan semuanya,” katanya.

Marsha yang berasal dari Sabah, berangkat ke Makkah pada awal bulan ini dan pulang ke tanah air, Ahad lalu.

Marsha dan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 29, berkenalan sejak 10 tahun lalu. Mereka menjalin hubungan serius selama dua tahun sebelum diijabkabulkan di kediaman keluarga Mohamed Shaiful di Pulau Pinang pada 31 Disember 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.