Gigi Hadid Tidak Sertai Pertunjukan Victoria’s Secret Susulan Video Rasis

Model Gigi Hadid mendedahkan dia tidak akan mengambil bahagian dalam pertunjukan fesyen Victoria’s Secret di Shanghai, selepas beberapa bulan mencetuskan kecaman kerana videonya yang dianggap sebagai rasis.

Gigi, 22, memaklumkan perkara itu dalam Twitternya bahawa dia tidak akan ke China untuk pertunjukan terbabit.

September lalu, segelintir penduduk China memberi amaran kepada supermodel terbabit supaya tidak terlibatkan dalam pertunjukan di Shanghai yang akan berlansung bulan ini.

Mereka juga melahirkan kemarahan dan memboikot Gigi hingga memaksa model tersebut memohon maaf susulan video yang didakwa mempersendakan Budha.

Meskipun Gigi tidak memaklumkan kenapa dia tidak terlibat dalam pertunjukan fesyen Victoria’s Secret itu namun semua orang mengetahui kontroversi yang dialaminya itu.

Selain model Adriana Lima dan Alessandra Ambrosio, Gigi merupakan salah seorang model ternama yang menandatangani kontrak untuk pertunjukan fesyen Victoria’s Secret. Dia pernah menyertai pertunjukan itu pada 2015 dan 2016.

Bagaimanapun adiknya, Bella, 19, akan mengambil bahagian. Tahun ini pertunjukan fesyen itu akan diadakan di Shanghai dan ia merupakan kali pertama diadakan di luar Amerika Syarikat atau Eropah sejak ia dimulakan pada 1985.

Selain Gigi, empat model lain iaitu Julia Belyakova, Kate Grigorieva dan Irina Sharipova dari Russia serta Dasha Khlystun (Ukraine) tidak diluluskan visa untuk ke China.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.