PAS, UMNO Bernikahlah, Jangan Berlakon Lagi – Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam memberi respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkenaan hubungan antara Pas dan Umno.

 

“Apa lagi yang mereka tunggu?

 

“Selesaikan sahajalah,” katanya sebelum merasmikan Pusat Komuniti dan Khidmat DAP Taman Templer semalam.

 

Asri di dalam kenyatannya semalam berkata Pas dan Umno adalah bersaudara dan tidak jauh berbeza di aspek watak dan idea.

 

Beliau berkata, Pas pada masa lalu mungkin berbeza dengan Umno, tetapi Pas hari ini boleh dikatakan seperti parti pemerintah dalam setiap aspek “selain daripada perbezaan nama, kopiah dan songkok sahaja.”

 

Lim berkata Umno telah berjaya untuk mendapatkan komitmen Pas untuk bersama mereka dan ianya perlu dijadikan satu hubungan yang rasmi.

 

“Bernikahlah, jangan berlakon lagi.

 

“Kita rasa sedih untuk Pas kerana mereka sudah terpesong dari prinsip asal mereka.”

 

DAP dilihat menanda rasmi kawasan Taman Templer dengan melancarkan pusat khidmat dan servis berkenaan dengan niat untuk mengambil alih kawasan milik Pas.

 

Taman Templer merupakan salah satu dari lapan kawasan milik Pas yang bakal ditandingi DAP pada pilihan raya akan datang.

 

Tujuh yang lain adalah Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua and Tanjung Sepat.

 

Susulan daripada itu, Guan Eng berkata bahawa mereka gembira dengan pembukaan pusat tersebut.

 

“Selepas apa yang terjadi di Paris, adalah penting untuk kita bersatu atas prinisp melibatkan kebebasan, demokrasi, integriti dan menentang rasuah. Rakyat boleh bersatu untuk menentang penyakit-penyakit ini.

 

“Jika kita terus benarkan BN untuk memisahkan rakyat, mereka akan terus memerintah negara dan Umno akan terus berkuasa.”

 

Guan Eng memberi jaminan bahawa Pas tidak akan menjejaskan kepimpinan mereka di Selangor. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.