Video: Lontaran Suar Ganggu Perlawanan Kelayakan Euro 2016

Milan – Perlawanan kelayakan Euro 2016 antara Itali dan Croatia terganggu dua kali apabila suar dilontarkan ke padang dan polis rusuhan campur tangan untuk mengawal keadaan di kalangan peminat.

Perlawanan Kumpulan H yang berakhir seri 1-1, dihentikan pada masa pertama dan kedua dan pemain mengambil masa 10 minit selepas masa rehat.

Pemain, Itali Antonio Candreva dan pemain Croatia, Ivan Perisic menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Croatia dan Itali peroleh 10 mata, tetapi Croatia mendahuli dalam perbezaan gol.

Dalam permainan lain dalam kumpulan itu, Malta, yang gagal menjaringkan gol dalam enam perlawanan mereka sebelum ini, mencatatkan keputusan seri 1-1 di Bulgaria.

Clayton Failla menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua untuk mendapatkan Malta mata pertama.

Republik Czech berada dalam kedudukan teratas dalam Kumpulan A selepas kemenangan 2-1 ke atas Iceland.

Turki peroleh tiga mata pertama dalam kumpulan dengan kemenangan 3-1  ke atas Kazakhstan.

Dalam Kumpulan B, Israel melangkah ke tempat teratas dengan kemenangan 3-0 ke atas Bosnia-Hercegovina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.