Tesis Ciplak: Universiti Vienna Nafi Hantar Wakil Ke Malaysia

Oleh: Zulkifli Mat Rawi

Kuala Lumpur – Universiti Vienna, Austria melalui satu kenyataan Ahad lalu, menafikan mengantar wakil untuk menyiasat isu ‘tesis ciplak’ yang dikaitkan dengan Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Menurut pengarah dan penulis skrip, Syed Azidi Aziz melalui laman Facebooknya pihak universiti terbabit baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara tersebut pada 12 November yang lalu.

“Sebagai wakil Biro Studienpraeses, Universiti Vienna dan pihak yang bertanggungjawab dalam kes seumpama ini, saya dengan ini memberi jaminan bahawa pihak universiti tidak pernah membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung kes tersebut.

“Malah Biro Studienpraeses hanya menerima laporan berhubung kes (plagiat) ini melalui aduan yang dibuat oleh saudara dan individu lain pada 12 November (Rabu),” menurut Profesor Dr Peter A. Lieberzeit melalui kiriman emailnya yang dihantar kepada Syed Azidi.

Kickdafella

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sementara itu menurut seorang lagi wakil Biro Studienprases, Roswitha Esberger pihaknya akan meneliti dan menyiasat aduan tersebut selari dengan peruntukan undang-undang negara terbabit.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, beliau difahamkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan (UMK), telahpun memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Universiti Vienna dan tidak timbul sebarang isu plagiat seperti yang didakwa.

Lieberzeit turut menafikan kenyataan UMK sebelum ini kononnya pihak universiti tersebut telah dimaklumkan dan akan menghantar wakil untuk mengumumkan hasil siasatan yang dibuat.

“Saya dimaklumkan bekas profesor Universiti Vienna (salah seorang bekas penyelia) akan berada di Kuala Lumpur pada 16 dan 17 November.

“Walaubagaimana individu tersebut tidak mewakili pihak Biro (Studienpraeses) yang sedang mengendali siasatan kes ini, dan beliau juga tidak boleh membuat sebarang kenyataan rasmi bagi pihak universiti.

“Beliau hanya boleh memberikan pendapat peribadinya (berhubung kes plagiat) ujarnya lagi.

Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Bin Hj. Che Ros sebelum ini berkata, pihak telah memaklum dan menyerahkan semua laporan kepada universiti tersebut.

“Saya telah hantar semua laporan berkaitan isu ini ke Universiti Viena dan mereka akan datang ke UMK pada 16 dan 17 November ini untuk memaklumkan hasil siasatan telah yang dijalankan.

“Saya akan jemput semua media dan mengadakan sidang akhbar bagi memaklumkan mengenai perkara ini agar ia dapat diselesaikan” katanya kepada SuaraTV baru-baru ini.

Sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat oleh pihak UMK berhubung kes ini.

Baca: Video: Naib Canselor UMK Perlu Jujur Tangani Isu Plagiat – Prof Ibrahim Abu Shah

Baca: Tesis Ciplak : Universiti Vienna Nafi Kenyataan Idris Jusuh

Baca: Siapa Kamu Untuk Persoal ‘Tesis Ciplak’ – Idris Jusoh

Baca: Tesis Ciplak: Universiti Viena Umum Hasil Siasatan 16 November Ini – UMK

Baca: Tesis Ciplak: Kakitangan Akademik Berstatus Profesor Turut Bantu Dedahkan Bukti Plagiat Abu Hassan

Baca: Tesis Ciplak: Abu Hassan Kecewa Dituduh Lakukan Plagiat

Baca: Kakitangan Akademik UMK Dedah Bukti, ‘Tesis Ciplak’ Prof Abu Hassan?

Baca: VC UMK Cuba Tutup Mata, Isu ‘Ciplak Karya’ Prof Abu Hassan?

Baca: UMK Nafi Prof Abu Hassan Terbabit ‘Ciplak Karya’ Orang

Baca: Ciplak Karya: Pensyarah UMK Mengaku Buat Laporan Polis Terhadap Prof Abu Hassan

Baca: Sumber Dalaman UMK Dakwa Profesor Plagiat Mohon Letak Jawatan

Baca: Gara-Gara Laporan Profesor Dituduh Plagiat, UMK Tutup Akses Website?

Baca: Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd?

3 thoughts on “Tesis Ciplak: Universiti Vienna Nafi Hantar Wakil Ke Malaysia

  • November 17, 2014 at 5:46 pm
    Permalink

    Lembab lar Deris Jusoh ni..asik2 sebut pasal Senat..dia tahu tak proses sebelum sampai ke Senat? Senat ni endorse jer..berdasarkan kepada laporan dari penyelia…dan penyelia ni pun biasanya jarang yang membuat semakan samada tulisan pelajar ori atau tidak..penyelia pun banyak kerja gak…cuba lar tanya penyelia2 kat Uni Malaysia ni..berapa ramai yang betul2 semak satu persatu samada apa yang ditulis oleh pelajar itu tidak diciplak. Rasanya majoriti akan mengaku tidak berbuat demikian. Biasanya, kita hanya akan berpegang pada declaration pelajar pada permulaan thesis bahawa hasil kerja pelajar adalah sebenarnya asli dan tidak diciplak dari mana-mana…
    Pastu..tanya Deris Jusoh tu..kat Malaysia kat mana letaknya Universiti Manggis? wujud ker universiti tu seperti yang disebut sebagai rujukan dalam thesis tersebut? Begitu juga Jurnal Manggis?…nampak sangat lar Menteri pun tak boleh jawapan yang tidak berpihak…

    Reply
  • November 21, 2014 at 8:23 pm
    Permalink

    Datuk Seri Idris Jusoh dah kena lembu dgn Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Bin Hj. Che Ros.

    Eloklah tu Datuk melembukan Datuk Seri. Ignorance is a choice.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.