Tesis Ciplak: Prof Abu Hassan Digugur Jawatan Dekan?

Kuala Lumpur – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini dilaporkan membuat keputusan untuk mengugurkan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dari jawatannya sebagai Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan.

Menurut sumber SuaraTV sebentar tadi, Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Raduan Bin Hj. Che Ros pada petang tadi telah mengadakan satu mesyuarat tergempar dengan memanggil semua profesor kanan universiti tersebut untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Mesyuarat yang diadakan pada pukul empat petang tadi telah diadakan di pejabat Datuk VC (Raduan).

“Dianggarkan seramai 5 orang profesor kanan telah dipanggil untuk membincangkan mengenai isu ‘pentadbiran fakulti” katanya kepada SuaraTV yang enggan mendedahkan identitinya.

Menurut kakitangan akademik itu, Raduan dikatakan telah mengambil keputusan untuk mengugugurkan Abu Hassan dan mengantikannya dengan seorang profesor kanan.

“Abu Hassan pada ketika ini sedang bercuti panjang dan telah menyebabkan pelbagai masalah timbul di peringkat fakulti.

“Disebabkan itu, UMK akhirnya mengambil keputusan untuk mengantikannya dengan seorang profesor kanan yang berpengalaman” katanya lagi.

Beliau turut menjelaskan profesor tersebut pernah bertugas di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama 2o tahun dan pengumuman rasmi mengenainya akan diumumkan pada esok pagi.

SuaraTV walau bagaimanapun gagal menghubungi UMK untuk mendapatkan pengesahan.

 

Baca: Tesis Ciplak: Universiti Vienna Nafi Hantar Wakil Ke Malaysia

Baca: Video: Naib Canselor UMK Perlu Jujur Tangani Isu Plagiat – Prof Ibrahim Abu Shah

Baca: Tesis Ciplak : Universiti Vienna Nafi Kenyataan Idris Jusuh

Baca: Siapa Kamu Untuk Persoal ‘Tesis Ciplak’ – Idris Jusoh

Baca: Tesis Ciplak: Universiti Viena Umum Hasil Siasatan 16 November Ini – UMK

Baca: Tesis Ciplak: Kakitangan Akademik Berstatus Profesor Turut Bantu Dedahkan Bukti Plagiat Abu Hassan

Baca: Tesis Ciplak: Abu Hassan Kecewa Dituduh Lakukan Plagiat

Baca: Kakitangan Akademik UMK Dedah Bukti, ‘Tesis Ciplak’ Prof Abu Hassan?

Baca: VC UMK Cuba Tutup Mata, Isu ‘Ciplak Karya’ Prof Abu Hassan?

Baca: UMK Nafi Prof Abu Hassan Terbabit ‘Ciplak Karya’ Orang

Baca: Ciplak Karya: Pensyarah UMK Mengaku Buat Laporan Polis Terhadap Prof Abu Hassan

Baca: Sumber Dalaman UMK Dakwa Profesor Plagiat Mohon Letak Jawatan

Baca: Gara-Gara Laporan Profesor Dituduh Plagiat, UMK Tutup Akses Website?

Baca: Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.