Sazrin Aizul Disihir, Kerugian RM50,000

Kuala Lumpur – Jenayah semakin berleluasa dan paling membimbangkan apabila ia berlaku sewaktu mangsa berada di lokasi kejadian.

Itu yang berlaku kepada model terkenal juga pelakon semakin mencipta nama, Sazrin Aizul apabila kediamannya dipecah masuk, baru-baru ini.

Sazrin sempat mengambil beberapa keping gambar bukti barang dalam biliknya bertaburan kerana digeledah pencuri.

Syukur Sazrin dan keluarganya selamat tetapi barang kemas habis lesap dan dianggarkan kerugian bernilai RM50,000. Yang mengejutkan Sazrin, waktu pencuri itu melakukan kerja ‘haram’ terbabit, semua ahli keluargaa­nya ada di rumah dan nyenyak tidur.

Lebih menghairankan, tidak seorang pun daripada mereka menyedari apa berlaku. Katanya, mereka mengesyaki pencuri terbabit menggunakan sihir sehingga mereka tidak menyedari apa berlaku.

Sebaik sedar dan melihat segala barang dalam bilik bergelimpangan, Sazrin berasa panik dan mendapatkan ahli keluarga yang lain. Mujur tiada perkara buruk berlaku.

Katanya, dia membuat laporan polis dan kini menanti perkembangan lanjut. Dia juga meluahkan kebimbangan jika pencuri itu kembali.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.