Rahim Berjaya Bawa Jalor Tanpa Sepahtu

Petaling Jaya – Persembahan Jalor yang dianggotai oleh Rahim, Along dan Joey di minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dilihat antara persembahan yang cukup hebat dan menyerlah di kalangan 14 kumpulan yang lain.

Apa yang menarik, persembahan mereka bertiga mendapat perhatian oleh pihak juri, terutamanya komen daripada Dato’  Jalaluddin Hassan yang menganggap keputusan Rahim untuk menubuhkan kumpulan Jalor adalah sangat tepat dan berbaloi.

Astro Gempak sempat menemu bual Rahim mengenai perkara tersebut dan pelawak kelahiran Klang, Selangor ini menafikan penubuhan kumpulan Jalor bukan berpunca daripada sebarang isu yang terjadi di antara Shuib dan Jep.

Jom tonton temu bual eksklusif Rahim mengenai perkara sebenar penubuhan kumpulan Jalor dan kisah di sebalik kumpulan Sepahtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.