Letupkan Diri Dalam Kereta Selepas Bergaduh Dengan Keluarga

Frankfurt – Seorang bapa bertindak meletupkan diri di dalam sebuah kereta selepas berlaku perselisihan faham dengan keluarganya.

Tindakan itu menyebabkan dia maut dan tujuh orang lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di sebuah pekan kecil di Jerman Barat.

Semasa kejadian, bapa kepada dua anak itu telah memandu keluar dari rumahnya di Homberg dan mengugut untuk mencederakan dirinya selepas berlaku pergaduhan besar dalam keluarga, lapor akhbar Jerman dpa pada Ahad.

Pihak polis sudah menunggu kepulangan lelaki itu, namun sebaik tiba di rumah, bapa berusia 49 tahun itu terus meletupkan dirinya yang masih berada di dalam kereta.

Tujuh yang cedera termasuk dua anggota polis.

Ledakan akibat letupan itu menyebabkan sebuah kawah besar terbentuk selain turut memecahkan tingkap di rumah jiran.

Jurucakap polis, Thomas Rodemer berkata jiran tetangga terkejut dengan bunyi letupan tersebut dan keluar mengerumuni tempat kejadian.

Motif tindakan lelaki tersebut masih dalam siasatan polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.