Kerajaan Tidak Akan Keluarkan Sijil Kelahiran Automatik

Kota Kinabalu – Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak akan mengeluarkan sijil kelahiran kepada bayi dan kanak-kanak tidak bernegara di Sabah.

Perdana Menteri berkata, Kabinet bersetuju supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya mengeluarkan dokumen rekod kelahiran dengan warnanya juga berbeza berbanding sijil kelahiran.

“Kanak-kanak tidak bernegara ini tidak akan mendapat kerakyatan secara automatik,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Ahad.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman dan Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Perdana Menteri mengulas kebimbangan disuarakan Pairin dalam ucapan dasarnya yang meminta kerajaan Pusat menjelaskan mengenai langkah KDN memberi sijil lahir kepada kanak-kanak tidak bernegara di Sabah.

“Kabinet sudah berbincang dua kali berhubung isu ini dan kita setuju tidak mengeluarkan surat beranak kepada mereka (kanak-kanak tidak bernegara),” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.