Kassig Tebusan Kelima Dipenggal IS

Washington – Kumpulan militan IS sekali lagi mencetuskan kemarahan banyak pihak dengan satu lagi dakwaan memenggal kepala tebusan seorang petugas bantuan kemanusiaan warga Amerika Syarikat.

Peter Kassig, 26, dipercayai dibunuh kumpulan terbabit yang menjadikannya tebusan warga barat kelima dibunuh IS.

Dalam rakaman yang dimuat naik ke laman sosial, mangsa yang tidak dapat dikenal pasti dirakamkan beberapa ketika selepas dipenggal.

Kesahihan rakaman serta identiti mangsa tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun, menurut kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada Ahad, mengesahkan Kassig dibunuh IS.

Kassig yang ditahan sebagai tebusan pada Oktober tahun lalu, pernah berkhidmat sebagai anggota tentera Amerika Syarikat dan menyertai misi ke Iraq pada tahun 2007.

Sebagai pekerja agensi kemanusiaan, Kassig pernah berkhidmat di Iran dan juga Lubnan, sebelum menubuhkan badan bantuan kemanusiaan di Syria bertujuan membantu pelarian.

Sewaktu dalam tahanan IS, Kassig memeluk Islam dan menggunakan nama Abdul Rahman Kassig.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.