Hospital Benarkan Mariani Berehat Dirumah

Kuala Lumpur – Seniwati Mariani Ismail, 81, kini dilaporkan sudah dibenarkan keluar hospital dan kini berehat di rumah.

Memetik kenyataan di Harian Metro, Mariani berkatanya, beliau ingin meminta jasa baik media untuk menyampaikan ucapan terima kasihnya atas layanan baik daripada doktor dan kakitangan hospital itu, terutama Dr Siva, Dr Thein dan Dr Rahimah.

“Alhamdulillah, keadaan saya baik dan kini saya dinasihatkan banyak berehat. Doktor juga meminta saya merujuk kepada satu hospital swasta untuk rawatan lanjut,” katanya.

Dalam usianya itu, Mariani bukan saja masih aktif berlakon, malah sebelum ini lebih senang hidup berdikari. Faktor usia dan kesibukan berlakon menyebabkan makan minumnya tidak teratur hingga penyakit pun datang.

Bagaimanapun, berita Mariani dimasukkan ke Hospital Sentosa Kuala Lumpur awal pagi 4 November lalu, mengejutkan peminat. Beliau dimasukkan ke hospital selepas muntah-muntah dan sakit perut dan menjalani rawatan selama seminggu di sana.

Tambah kakak kepada Biduan Negara Allahyarham Puan Sri Saloma ini lagi, beliau juga bersyukur dikelilingi anak di Kuala Lumpur dan sejak dimasukkan ke hospital, anaknya yang tinggal di Singapura juga datang menjaganya.

Mariani mempunyai 13 anak hasil tiga perkahwinan.

Dalam pada itu, salah seorang anak Mariani iaitu pengarah dan pelakon Melissa Saila tidak mahu berkongsi dengan umum buat masa ini mengenai penyakit ibunya. Apa yang penting baginya kini mahu ibunya berehat dan dan menjaga pemakanannya supaya cepat sembuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.