Banjir: MKN Minta Terengganu Bersiap-Sedia

Kuala Terengganu – Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminta semua jabatan, agensi kerajaan negeri dan daerah di Terengganu bersiap siaga kerana kawasan rendah di negeri itu berisiko dilanda banjir jika hujan lebat dan sederhana di kebanyakan tempat masih berterusan.

Pemangku Setiausaha MKN Terengganu, Roslina Ngah berkata, taburan hujan lebat dikesan di kawasan sebelah pantai di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Paras air di sungai-sungai utama seluruh negeri masih mencatat paras normal manakala angin kencang dan laut bergelora dijangka membawa angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak 3.5 meter.

“Ribut petir di perairan Terengganu dijangka berterusan dan kawasan pantai terdedah dengan kenaikan air paras laut,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Isnin.

Katanya lagi, rekod pada masa ini menunjukkan purata taburan hujan di Terengganu adalah antara dua hingga 80 milimeter.

Menteri Komunikasi dan Mulitimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga hari ini turut meminta warga kementeriannya membuat buat persiapan rapi bagi membantu rakyat menghadapi banjir yang dijangka berlaku hujung tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.