Anggota Parlimen Wanita Nyaris Maut Dibom

Kabul – Seorang anggota Parlimen wanita di Afghanistan nyaris maut dalam insiden letupan bom yang dilancarkan oleh penyerang nekad.

Shukria Barakzai, 42, bagaimanapun hanya cedera ringan manakala tiga orang awam terbunuh dan 17 yang lain cedera.

Barakzai adalah ahli politik yang lantang bersuara dalam memperjuangkan hak asasi wanita di Afghanistan selain hubungan rapat dengan Presidennya, Ashraf Ghani.

Letupan berlaku ketika kenderaan Barakzai menghampiri bangunan parlimen.

Insiden itu merupakan serangan terbaharu yang mensasarkan anggota kerajaan Afghanistan.

Afghanistan yang masih dibelenggu pergeseran dengan Taliban, minggu lalu menyaksikan pergerakan itu melakukan cubaan membunuh Ketua Polis Kabul, Jeneral Mohammed Zahir Zahir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.