Akibat Stres , Biri-Biri Dijadikan Mangsa Pemuas Nafsu

California – Seorang pelajar universiti yang dituduh mengadakan seks dengan biri-biri berkata, dia bertindak demikian kerana terlalu stres menghadapi peperiksaan.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap mengadakan seks oleh rakan pelajarnya di Universiti Fresno State selepas mendengar bunyi bising dari kandang haiwan berkenaan di kampus.

Pelajar yang namanya tidak didedahkan memberitahu polis, dia amat tertekan dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya, menyebabkan dia minum terlalu banyak arak.

“Ia sungguk menjijikkan dan membuat saya marah. Kenapa perlu lepaskan geram pada haiwan semata-mata kamu tertekan dengan peperiksaan,” kata Marisa Burkdoll, antara pelajar yang menguruskan haiwan berkenaan di kampus itu.

“Pelajar itu bukan tertekan tetapi mungkin menghadapi masalah mental.

“Dia sasarkan haiwan yang tidak boleh mempertahankan diri mereka,” katanya sambil mendesak pihak berkuasa memenjarakan pelajar terbabit.

Biri-biri berkenaan ialah sebahagian daripada haiwan yang diternak di kampus itu untuk tujuan pembiakan dan ternakan. Ia kini dirawat oleh veterinar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.