Ahmad Maslan Syor Harga Minyak RON95 Diturunkan

Alor Gajah – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya harga minyak RON95 diturunkan sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara AS$70-AS$75 setong.


Katanya, cadangan itu bersesuaian kerana pada paras berkenaan, ia sudah melepasi kadar subsidi yang dikenakan oleh kerajaan kepada bahan api itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penerangan GST dan Taklimat Isu Semasa anjuran Parlimen Masjid Tanah di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah di sini, sebentar tadi.

Ketika ini, harga minyak mentah pasaran ialah AS$79.41 setong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.