8 Wanita Mangsa ‘Agen Pelacuran’ Diselamatkan

Miri – Polis menyelamatkan lapan wanita yang menjadi mangsa permerdagangan manusia selepas ditipu ejen pekerjaan untuk dijadikan pelacur dalam serbuan di sebuah pusat urut bangunan dua tingkat di Pusat Komersial Boulevard, di sini, hari ini.

Serbuan selama dua jam bermula 6.40 petang itu dilakukan sepasukan Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIP) Bukit Aman dan sepasukan anggota Balai Polis Pusat Miri.

Lapan wanita yang diselamatkan itu membabitkan enam wanita warga China dan dua dari Thailand, manakala seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, serbuan dilakukan selepas Kedutaan Thailand membuat laporan apabila pihaknya dihubungi seorang daripada mangsa terbabit meminta diselamatkan selepas dikerah menjadi pelacur, Jumaat lalu.

Ketua Operasi Asisten Superitendan Saci Muniandi berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia 18 hingga 22 tahun dikurung dalam premis berkenaan dan dipaksa menjual diri kepada pengunjung pusat urut terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.