Kenapa Anwar masih diam dakwaan Shamsul Iskandar? – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendedahan bekas ahli Parlimen PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin masih lagi belum mendapat sebarang reaksi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan bungkam Anwar ini dinilai seolah-olah merestui dakwaan yang dibuat Shamsul Iskandar yang kini menjawat jawatan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi.

“Shamsul Iskandar Md Akin kata, dia menerima panggilan daripada Anwar agar jangan desak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat kiraan semula walaupun kalah tipis kepada (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi.

“Shamsul Iskandar adalah Setpol Kanan Perdana Menteri. Anwar masih membisu terhadap dakwaan Shamsul Iskandar itu.

“Anwar macam merestui parti-parti dalam Kerajaan Madani mengkritik sesama sendiri,” dakwa Puad dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu Puad membangkitkan persoalan sekiranya kiraan semula dibuat oleh SPR menjamin kemenangan kepada Shamsul Iskandar?

“Persoalannya, kalau pun dibuat kiraan semula apa jaminan Shamsul Iskandar akan menang?

“Ada tempat, majoriti lebih kecil daripada itu. Tetapi ia tidak mengubah keputusan walaupun kiraan semula dibuat,” ujar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu lagi.

Puad bahkan mempersoalkan motif Shamsul Iskandar membuat pendedahan sedemikian.

“Salah Shamsul Iskandar. Dia sepatutnya utamakan “morality first bukan jawatan PMX first”.

“Maka apa motif dia bawa cerita karut itu sekarang? Lebih baik dia buat laporan polis. Umno tidak rugi apa apa. Bagan Datuk tetap milik Umno. Imej Anwar yang calar,” bidas Puad yang juga Adun Rengit.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat