- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan air laut pasang tinggi dijangka berlaku pada malam ini di beberapa kawasan di Terengganu.
Justeru beliau memohon penduduk di kawasan yang terlibat untuk peka dan waspada dengan situasi semasa.
“Ambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah sekiranya perlu.
“Rujuk Facebook Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu untuk perkembangan terkini,” pesan beliau.