Zahid Dijangka Ditahan SPRM Esok, Akan Didakwa Pada Jumaat – Lokman

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang esok (Khamis) sebelum dibawa ke mahkamah untuk didakwa pada Jumaat. 

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Lokman yang juga Pengerusi Pemantau Malaysia Baharu, Zahid telah diberikan notis serah diri pada jam 1.45 petang hari ini, yang memintanya menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya jam 3.00 petang esok. 

“Sehubung dengan itu, saya menyeru semua rakyat, khususnya Ahli-Ahli dan Kepimpinan UMNO untuk hadir sama sebagai tanda #Solidariti4PresidenUMNO jam 9.00 malam (Khamis) di hadapan Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya dan jam 8.00 pagi (Jumaat) di Mahkamah Syesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Ayuh kita sama-sama hadir mempertahankan Presiden kita yang kini menjadi sasaran regim Zalim Mahathir DAP.

“Jangan biarkan Presiden kita keseorangan! Korbankan hanya sehari untuk kita mempertahankan Maruah UMNO yang kini cuba dirobek oleh sang penguasa. 

“Hadir untuk menyatakan sokongan secara aman bukan merupakan satu kesalahan, usah gentar untuk turun,” katanya. 

Zahid yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri minggu lalu memberikan keterangan kepada SPRM selama tiga hari bermula 10 Oktober (Rabu). 

Ia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengenai penyelewengan dana Yayasan Akal Budi berjumlah RM800,000 yang dikatakan digunakan untuk membayar bil kad kredit.

Zahid adalah pengerusi yayasan itu yang ditubuhkan oleh keluarganya untuk menjalankan kegiatan amal.

Untuk rekod, pada Julai lalu, Zahid memberi keterangan sebanyak dua kali kepada SPRM berhubung siasatan kes yang sama. -SuaraTv 

One thought on “Zahid Dijangka Ditahan SPRM Esok, Akan Didakwa Pada Jumaat – Lokman

  • October 17, 2018 at 7:04 pm
    Permalink

    Salah tangkap dakwa tuduh jatuh hukum..tk kira sapa2?? Biar amanah dihati amanah dijiwa..cakap lain hati rembat rompak duit rasuah?? Tu la parti korup yg hancur musnah rosak ….yak habis2 kes mereka…satu ..satu timbul dont worry… 1mdb.. felda..nfc lembu..woh banyak lagi lorr…?
    Musnah habis korup dulu jadi kerajaan..haprak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.