Pemimpin DAP Terima Anugerah Datuk Tidak Hormat Pendirian Parti – Anthony Loke

KUALA LUMPUR — Pemimpin DAP yang menerima anugerah gelaran semasa masih berkhidmat dalam politik dianggap tidak menghormati parti, kata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Anthony Loke berkata wakil rakyat dan ahli majlis hanya boleh menerima anugerah dan gelaran selepas bersara dari perkhidmatan.

“Pemimpin yang cuba memberi alasan untuk menerima anugerah tanpa memaklumkan atau menunggu arahan daripada kepimpinan parti akan dilihat sebagai tidak menghormati parti,” kata setiausaha organisasi parti itu dalam kenyataan.

Empat pemimpin DAP yang dianugerah gelaran “Datuk” adalah pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fat, serta Menteri Belia dan Sukan Sabah Frankie Poon Ming Fung.

Turut menerima gelaran pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Wong Fort Pin. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.