Pemilihan Parti Perlu Bebas Politik Wang- Azmin

KUALA LUMPUR – Isu politik wang yang didawka Naib Presiden Rafizi Ramli dibincang dalam mesyuarat Biro Politk PKR yang berlangsung semalam, kata Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Walaubagaimanapun katanya sebarang dakwaan perlulah menerusi saluran aduan sebelum Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menyiasatnya.

Katanya isu itu dibincangkan secara keseluruhan dengan mengkhususkan pemilihan parti yang perlu berjalan dengan telus.

“Kita bincangkan secara umum tentang proses pemilihan mestilah telus dan terbuka dan sebarang aduan yang kita terima akan disiasat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP),”katanya di Parlimen.

Rafizi mendakwa politik wang dalam PKR khususnya pada musim pemilihan parti itu kini semakin membimbangkang.

Dalam masa yang sama Azmin menegur anggota parti khususnya golongan muda untuk berkhidmat kepada parti tanpa meminta balasa.

“Kita tidak menggunakan wang atau kuasa untuk mendapat dalam beberapa pilihan raya sehinggalah baru-baru ini.

“Jadi anggota khususnya yang muda yang ingin menawarkan khidmat dalam parti mereka harus belajar daripada pemimpin-pemimpin lama dalam perjuangan ini yang melalui proses getir berjuang untuk rakyat,”tambahnya.

Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terdahulu berkata, dakwaan Rafizi akan dibincangkan pada Mesyuarat Biro Politik parti itu yang berlangsung semalam sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.