Neelofa Jadi Bahan Ketawa Netizen Gara-gara Baju Menyerupai Alas Kaki

SHAH ALAM – Selebriti terkenal, Nor Neelofa Mohd Noor sekali lagi menjadi bahan ketawa netizen.

Kali ini, pakaian yang digayakannya semasa mengacarakan MeleTOP malam Selasa lalu disamakan seperti alas kaki. 

Menerusi gambar yang dikongsikan Facebook OHBULAN tengah hari tadi, rata-rata netizen memberikan komen lucu yang bersetuju fesyen yang digayakan pengacara itu saling tak tumpah seperti alas kaki.

 

Malah, ada netizen yang ‘terlalu’ kreatif membuat suntingan dengan meletakkan gambar baju Neelofa bersebelahan dengan alas kaki bagi membuktikan ‘persamaan’ tersebut.

Namun tidak kurang juga terdapat komen netizen yang ‘menyebelahi’ Neelofa dengan menjelaskan fesyen setiap individu adalah berbeza.

Sebelum ini, gaya turban usahawan hijab Naelofar itu mengundang bahan ketawa apabila disamakan seperti memakai beg tangan di kepala.

Malah segelintir netizen gigih membuat parodi mengenai fesyen turban tersebut. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.