Najib Minta Guan Eng Henti Bohong Dan Sandiwara

KUALA LUMPUR  – Datuk Seri Najib Razak menggesa Menteri Kewangan Lim Guan Eng menghentikan pembohongannya apabila berkata kerajaan mengharungi tempoh yang mencabar selama 5 bulan dengan berbekalkan hanya RM450 juta.

Ini kerana kerajaan sepatutnya menerima hasil cukai sebanyak RM74 bilion pada Mei hingga Ogos iaitu RM20.8 bilion pada Mei, RM14.1 bilion pada Jun, RM21.3 bilion pada Julai dan RM17.4 bilion pada Ogos.

Najib juga berkata kerajaan menerima RM72 bilion pada Januari hingga April.

“Angka-angka ini tertera jelas di laman Bank Negara dan Kementerian Kewangan.Bagaimana ‘mencabar’ kerja Lim saya tidak pasti. Ataupun duit itu ‘hilang’?”katanya menerusi Facebook.

Najib walaubagaimanapun bersetuju jika Lim bermaksud kerjanya lebih mencabar mulai 1 September, iaitu pada hari Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan menggantikan Cukai barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Rakyat tidak merasai apa-apa manfaat tetapi kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion dan tidak dapat meneruskan banyak inisiatif atau program.

“Saya setuju jika kata kerja Guan Eng lebih mencabar mulai 1 September, itu sudah tentu.

Mengapa? Kerana SST diperkenalkan menggantikan GST. Rakyat tidak merasai apa-apa manfaat tetapi Kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion dan tidak dapat meneruskan banyak inisiatif atau program.

Cukuplah Guan Eng dengan sandiwara dan pembohongan mu,”tambahnya.

Lim dalam kenyataan pada Sabtu berkata kerajaan berjaya menunaikan komitmen kewangan bulanan berjumlah RM8 bilion untuk pembayaran gaji, pencen bulanan dan bonus penjawat awam meskipun pentadbiran lepas meninggalkan RM450 juta dalam Akaun Hasil Disatukan.

Lim juga berkata Akaun Hasil Disatukan merosot sebanyak 96% atau RM11.41 bilion daripada RM11.86 bilion pada Disember 2017 kepada RM450 juta pada April.-SuaraTv

One thought on “Najib Minta Guan Eng Henti Bohong Dan Sandiwara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.