Demonstrasi Di Hadapan Parlimen, Bantah Gaji Minimum Hanya RM1,050

KUALA LUMPUR – Lebih 100 orang terdiri dari pekerja swasta dan penyokong parti politik mengadakan demonstrasi di hadapan Parlimen hari ini bagi membantah pelaksanaan gaji minimum RM1,050 yang disifatkan terlalu rendah.

Memetik laporan Kosmo, kumpulan pendemo tersebut diketuai Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J. Solomon dan S. Arutchelvan dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) memulakan perarakan menuju pintu masuk Parlimen pada jam 10.30 pagi tadi.

Sambil membawa sepanduk “Gaji Rendah Pekerja Susah,” “Bantah 1050” dan lain-lain, mereka turut melaungkan slogan ““bantah, bantah, bantah 1050 dan bangkit, bangkit, bangkit rakyat”.

Seramai 17 wakil pertubuhan bukan kerajaan termasuk dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut menyertai demonstrasi tersebut.

Memetik laporan Malaysia Gazette, polis bertindak menutup laluan ke arah Parlimen bagi menghalang demonstrasi kumpulan tersebut.

Sekitar jam 10.55 pagi, Menteri Sumber Manusia apabila M. Kula Segaran dilihat menemui kumpulan protes berkenaan sebelum beberapa orang wakil kumpulan tersebut dibawa masuk ke Parlimen bagi mengadakan sesi perbincangan.

Terdahulu, pada September lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kenaikan gaji minimum RM50 sahaja dengan alasan faktor ekonomi telah mengundang kritikan pelbagai pihak yang menyifatkannya menghina pekerja. – SuaraTV

One thought on “Demonstrasi Di Hadapan Parlimen, Bantah Gaji Minimum Hanya RM1,050

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.