Ahmad Zahid Terima Kunjungan Hormat Duta Besar AS

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat, Kamala Shirin Lakhdhir.

Pertemuan hampir satu jam itu berlangsung di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Pelbagai isu dibincangkan pada pertemuan itu, yang turut dihadiri Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa, Naib Presiden, Datuk Seri Khaled Nordin, Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pegawai Khas Diplomatik kepada Presiden UMNO, Jailani Harun.

Selain duta, Kedutaan Amerika diwakili oleh Kaunselor Politik, Sally Berhrhorst, Pegawai Politik, Drew Curiel dan Pakar Politik Kanan, Ravindran Manickam.

Inilah kunjungan delegasi asing ketiga bulan ini selepas Britain dan Australia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.